Wednesday, July 30, 2008

Tahiyat Akhirku….

Bahagian 1 – Kolej ku..

“AsSalammualikum”. Silmi memberi salam kepada Yusof sambil menghulurkan tangan kanannya.

“Waalaikummussalam..warrahmatullah...sahabatku..”. Yusof rakan karib kepada Silmi sejak kecil, menyahut dengan melemparkan senyuman manis.

“Ehh! Ko nak kemana ni Yusof, kelaskan pukul empat nanti?”. Tanya Silmi yang kehairanan.

“Owh!..maaflah Silmi, terlupa pula aku nak bagitau. Ermm..aku nak ke library sekejap, nak buat rujukan mengenai topik yang akan pensyarah bincangkan petang nanti”. Yusof menerangkan kepada Silmi yang menarik tangannya tadi.

“Lah! Rajin ko ni, nak aku ikut?”. Silmi bertanya.

“Tak apalah, aku pegi kejap je ni. Lepas aku solat zohor aku balik and kita pegi makan tengah hari sama-sama dekat cafe, ok?” Yusof menyarung kasutnya dan melangkah keluar.

“Okay..okay.. nanti ko sms aku kalau dah nk balik. Aku nak pegi basuh kain ni”. Silmi tergesa-gesa ke arah biliknya dan mencapai bungkusan baju.

Yusof menutup pintu dan berjalan menuju ke arah tangga yang menuruni apartmen mereka setinggi 5 tingkat. Yusof dan Silmi bersama-sama menuntut di sebuah Kolej Swasta yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Perjalanan ke kolej mereka hanya memakan masa kurang daripada 10 minit memandangkan hostel mereka hanya terletak kurang 500meter daripada tempat pengajian mereka. Yusof melintasi seberang jalan selepas lampu isyarat bertukar merah. Beliau berusia 20 tahun pada ketika ini dan merupakan seorang remaja lelaki yang berasal dari keluarga sederhana. Namun, sikap dan peribadi beliau telah disemai dengan benih agama. Ini kerana ibu Yusof, Siti Fatimah merupakan seorang ustazah dan mengajar di sebuah tadika.

Yusof tiba di hadapan library dan melangkah menuju ke arah pintu automatik yang terbuka secara sendiri. Kelengakapan yang serba lengkap membuatkan hati Yusof terdetik mengingat Tuhan yang Esa atas kurniaNya pada seluruh alam.

“Alhamdulillah, syukur ke hadratMu Ilahi”. Lafaz hati suci Yusof yang tergambar melalui senyuman pada raut wajahnya yang menenangkan.

Tempat Yusof belajar adalah tempat yang agak terbuka. Tidak hairanlah apabila pelajar perempuan juga boleh berada bersama dalam satu tempat di dalam perpusatakaan. Kalau di Sekolah Tahfiz Agama yang Yusof sertai dahulu agak berbeza besar dan amat sensitif di dalam bab pergaualan wanita dan lelaki. Bahkan, tempat-tempat khas dan khusus buat wanita dan lelaki terbahagi bagi menjaga batasan syariat Islam itu sendiri.

“Ahh! Syaitan nyah kau dari matahatiku. Jangan kau ganggu kosentrasi diriku”. Laung amaran hati Yusof kepada syaitan yang cuba menggoda dirinya apabila beberapa orang pelajar perempuan lalu di hadapan mejanya.

“Au’zubillah himinassyaitonirrajim...”. bacaan tersebut di sambung dengan AyatulKhursi yang selalu di wiridkan dibibirnya ketika diri di ancam syaitan yang dajjal.

Diulang ayat Kursi tersebut sebanyak 7kali. Begitulah perkara yang dipesan ibu Yusof supaya mengulangi sebanyak 7kali ayat kursi tersebut. Ingatan Yusof segar, bagaikan mendengar suara ibunya yang membisik di telinganya setiap kali.

Jam tangan Yusof telah menunjukkan tepat pukul 1 tengah hari. Sambil membuat ulangkaji Yusof mendengar lagu-lagu nasyid yang memuja KeEsaan dan KeBesaran yang Maha Agung, Allah Ya Rabbi. Tidak lupa juga surah-surah Al-Karim yang selalu di hafaznya sejak dahulu lagi. Itulah kegemaran remaja yang sederhana tinggi dan tegap yang lahir pada 21haribulan 3 1988. Sejuk perut ibu yang mengendongnya selama 9bulan 10hari, begitulah juga hatinya. Berbuah benih yang disiram dengan keTaqwaan dan keImanan kepada Allah yang satu, berbunga harum bak kasturi mekar indah dipemandangan. Perwatakan Yusof, insyaAllah mencerminkan muslimin yang sujud penuh taqwa kepada Penciptanya setiap hari 5kali sehari semalam. Solat 5 waktu, rukun Islam yang kedua telah menjadi makanan asas kepada rohaniahnya memantapkan lagi kekuatan Imannya.

“Dah masuk waktu zohor ni, baik aku segera nanti marah pule si Silmi ni”. Detik hati Yusof ketika menyusun buku-buku di atas meja tulis.

Selesai solat, Yusof bergegas ke hostel. Dalam perjalanan, dia menghantar pesanan ringkas kepada Silmi memberitahu yang dia sedang menuju ke cafe dan akan menunggu rakannya itu di tempat biasa.

“AsSalammualaikum”. Salam daripada Yusof.

“Waalaikummusalam. Wahh! Lama betul, baca buku ke atau buat buku tadi?”. Ketawa kecil Silmi sambil mengusik Yusof.

“Amboi! Perli aku ye?”. Yusof memandang Silmi.

“Allah, aku gurau je. Ko ni, serius sangat. Okay okay, jom pegi order makanan”. Silmi mengajak Yusof.

Setelah makan mereka duduk berehat. Yusof mendiamkan dirinya dan sejak tadi termenung ke lantai memikirkan sesuatu.

“Hah!”. Sergah Silmi.

“Ya Allah! Subhanallah”. Terkejut Yusof apabila disergah Silmi.

“Itulah, termenung lagi. Berangan pe siang-siang ni?”. Sinis Silmi dengan tingkahlaku kawan rapatnya itu.

“Mane ada, aku terpikir tadi..tentang kelas petang karang, tu je”. Jawab Yusof ringkas.

Yusof bangun meniggalkan meja makan dan meninggalkan Silmi berseorangan.

“Aku pegi amik tisu jap”. Yusof terus pergi.

Silmi kehairanan dan merasakan kejanggalan Yusof berperangai sebegitu. Kebiasaannya, jika Yusof ada masalah beliaulah orang pertama yang akan menjadi telinga kepada segala luahan masalah Yusof.

“Aiiii. Pe ke halnya kawan aku yang sorang ni, lain macam je. Dia ada rahsiakan sesuatu daripada aku ni. Takpe, takpe nanti aku siasat”. Kerut dahi Silmi memikirkan tindakan Yusof tadi.

Di bilik kuliah, masa berlalu dengan pantas. Silmi dan Yusof menghela nafas lega setelah selesai kelas Kejuruteraan Matematik. Mereka berdua memilih untuk mengambil bidang Kejuruteraan untuk menjadi profesion dalam kerjaya mereka kelak. Suatu bidang yang menjadi keutamaan di dalam Islam sendiri yang menjadi Fardhu Kifayah kepada masyarakat muslim untuk melaksanakannya demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

“Muhammad Yusof”. Pensyarah memanggil nama Yusof. “Mulai hari, kamu saya lantik sebagai ketua kuliah, kerana prestasi kamu sejak permulaan sangat cemerlang dan kekalkan usaha dan kerajinan kamu itu”. Kata-kata pensyarah tersebut di hadapan rakan-rakan sekelas Yusof membuatkan ada yang gembira dan cemburu dalam masa yang sama kerana ketekunan Yusof dalam mengaji sesuatu ilmu yang dituntut.

“Thank you! Sir”. Balas Yusof dengan penuh semangat.

Di luar bilik kuliah. Rakan-rakan mengucapkan tahniah kepada Yusof.

“Yusof, tahniah!”. Kata Majid, ketua pelajar yang juga senior kepada Yusof. “Jangan lupa untuk daftarkan nama ko sebagai ketua kuliah dekat Pejabat Pentadbir”. Pesan Majid mengingatkan Yusof.

“Terima kasih, Majid. Hari ni jugak aku daftar”. Sahut Yusof.

“Pejabat dah tutup”. Balas Majid. “Esok, awal-awal pagi ko terus daftar dan aku ada dekat pejabat untuk tolong ko daftar”. Majid menerangkan kepada Yusof dan menawarkan pertolongan kepada rakan sekelasnya itu.

Di laluan koridor itu, mereka berdiri dan ketika itu Silmi datang dan mendekati Yusof dari belakang. Majid beredar dan yang tinggal Yusof, Silmi dan beberapa pelajar kolej yang lain.
“Wei, Yusof , ape kata Majid?”. Tanya Silmi menyoal Yusof. “Hari ni ke daftar?”. Bertalu-talu soalan Silmi.

Ketika itu, sekumpulan pelajar perempuan memasuki ruang koridor dan berlalu di hadapan Yusof dan Silmi. Silmi hairan melihat muka Yusof yang berubah daripada tenang menjadi resah bak ‘orang kena gigit pacat’.

“Angau ke sahabat aku ni”. Herdik hati Silmi sambil mencuit pinggang Yusof. Namun tidak di endahkan oleh Yusof. “Aiii...Yusof!”. Silmi memekik di telinga Yusof.

“Ape?!”. Tersentak Yusof dengan pekikan Silmi. “Ko ni, aku tak pekak lagi”. Reaksi spontan Yusof. “Kalau aku ada sakit jantung macam mane?”. Nada Yusof berudah.

“Dah tu aku panggil ko banyak kali, ko buat dek je”. Terang Silmi menenangkan Yusof tentang perbuatannya tadi. “Ko pandang sape tadi?”. Silmi kehairanan. Otaknya berpusing-pusing memikirkan siapa yang dilihat Yusof. “Ko nampak hantu ke?”. Silmi mula merepek.

“Eh! Ko ni, kesitu pulak peginya”. Jawapan sinis Yusof. “Kita gerak sekarang. Ko ada halkan?”. Yusof mengelak dengan menukar topik.

“Banyak cantik muke ko, aku tanye lain ko jawab lain”. Silmi berhenti menahan Yusof yang mula melangkah.

“Tak ada siapa-siapa, dah dah. Jom gerak, ko macam mak nenek la. Banyak tanye”. Yusof melawak sambil tersenyum sedikit ke arah pintu keluar.

Silimi mengalah dengan perangai Yusof. Sudah tentu dia memahami rakannya yang amat dikenalinya itu. Jika kalau tidak katanya, maka tidaklah jawapannya. Muktamad dan tiada sesiapa boleh memaksa Yusof, melainkan jika Yusof sendiri yang akur dan memberitahu Silmi.

To be continue....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home